Filem: Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Pengarah: Adam Amiruddin, Ahmad Razuri Roseli dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim

Penyumbang suara: Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd. Amir Asyraf Mohd. Noor Rashid, Fakhrul Razi Ibrahim dan Ernie Zakri

Genre: Animasi

Durasi: 100 minit

Pengedar: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019

KEJAYAAN filem ketiga dalam francais filem Upin & Ipin, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal atau Keris Siamang Tunggal sememangnya sudah dapat diduga sedari awal.

Tambahan pula, strategi penerbitnya, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. untuk menayangkan filem baharu mereka ini pada musim cuti sekolah sememangnya bertepatan sekali.

Justeru, apabila filem Keris Siamang Tunggal mencatatkan rekod dengan kutipan sebanyak RM5.3 juta hanya dalam tempoh empat hari sejak memulakan tayangannya minggu lalu, ia adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Bukan hanya untuk Les’ Copaque yang penulis anggap sebagai perintis kepada penerbitan filem animasi alaf baharu tetapi untuk landskap sinema tempatan secara keseluruhannya.

Watak Belalang diperkenalkan kali ini sebagai tanda penghormatan kepada watak yang pernah dilakonkan oleh Allahyarham Bat Latiff tetapi dengan suntikan segar.

Jumlah kutipan awal yang dicatatkan oleh Keris Siamang Tunggal sebenarnya sudah berjaya meleburkan rekod yang pernah dilakar oleh Les’ Copaque menerusi filem animasi terbitan mereka, Geng: Pengembaraan Bermula (2009).

Filem berkenaan mencatatkan kutipan sebanyak RM6.3 juta dan sekali gus melayakkan ia diiktiraf dengan trofi Filem Box-Office pada Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun yang sama.

Namun, filem kedua terbitan mereka, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng yang ditayangkan pada 2016 pula hanya mampu mencatatkan kutipan sekitar RM4.9 juta sahaja.

TONTON ONLINE UPIN-IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL

Meskipun masih berada dalam kelompok filem pecah panggung untuk tahun tersebut namun, penerimaan peminat tegar karakter Upin dan Ipin terutamanya terhadap filem berkenaan kurang memberangsangkan.

Di sebalik kecemerlangan itu, masih ada sedikit kelompongan dalam beberapa babak yang membuatkan penulis tertanya sendiri.

SHAZRYN MOHD FAIZAL

PENGULAS FILEM

Walaupun menampilkan perubahan dengan menggabungkan teknik animasi dan watak hidup, ternyata konsep sedemikian masih belum mampu diterima dengan meluas oleh semua pihak.

Disebabkan itu, penulis melihat Les’ Copaque belajar daripada kesilapan terdahulu dan bangkit semula untuk meneruskan legasi Upin & Ipin mereka menerusi Keris Siamang Tunggal.

Penulis yang berkesempatan menonton filem arahan tiga sutradara, Adam Amiruddin, Ahmad Razuri Roseli dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim ini menyifatkannya sebagai karya animasi terbaik setakat ini.

Animasi tiga dimensi

Mungkin secara pandangan kasarnya, untuk Keris Siamang Tunggal tiada apa yang baharu memandangkan ia masih menggunakan konsep animasi tiga dimensi yang menjadi pertaruhan Les’ Copaque sejak awal.

Tetapi penulis lebih tertarik kepada cerita dan lakon layar filem ini yang telah memberikan nafas baharu dalam mengangkat kisah mitos dan legenda yang sudah sebati dalam ruang lingkup masyarakat Melayu khususnya.

Bahkan, tempo filem ini bergerak pada paksi yang betul dan tidak banyak membuang masa kerana secara psikologinya, filem animasi perlu memiliki kepantasan dan kelancaran memandangkan penonton sasarannya adalah kanak-kanak.

Sehubungan itu, setiap karakter dan perjalanan ceritanya dikembangkan dengan cukup baik untuk membuatkan penonton sentiasa berada dalam keadaan sedar dan fokus kepada keseluruhan filem ini.

Seperti mana yang penulis katakan, kelebihan dan kekuatan Keris Siamang Tunggal terletak kepada penceritaannya yang mampu membawa karya ini ke peringkat lebih tinggi.

Dalam satu aspek, penulis agak skeptikal dengan filem ini pada awalnya selepas membaca sinopsisnya kerana memikirkan acuannya akan menjadi sebuah filem yang pernah ditonton sebelum ini.

Ternyata, semua telahan itu meleset apabila inovasi yang diguna pakai oleh Les’ Copaque untuk menggabungkan watak mitos dengan situasi serta persekitaran moden cukup memberangsangkan.

Ibaratnya seperti menikmati hidangan fusion antara timur dan barat, itulah justifikasi terhadap Keris Siamang Tunggal. Pun begitu, elemen dan semangat ketimuran itu masih lagi ampuh dan mengekalkan misi serta visi Les’ Copaque dalam memelihara budaya setempat dalam karya-karya mereka.

Negeri Inderaloka

Dengan mengambil latar belakang sebuah negeri yang digelar Inderaloka, penonton dibawa untuk mengikuti pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya selepas menemui sebilah keris pusaka,Keris Siamang Tunggal dan seterusnya membawa mereka memasuki satu dimensi lain.

Salah satu babak filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang kini mendapat sambutan hangat daripada penonton tempatan.

Setibanya di Inderaloka, mereka kemudiannya berhadapan dengan pelbagai situasi yang mencemaskan lagi mendebarkan selain dibantu oleh rakyat Inderaloka yang mewakili watak-watak mitos terkenal.

Sepanjang perjalanan Upin dan Ipin yang terpisah di awalnya, masing-masing dipertemukan dengan Mat Jenin, Belalang dan bapanya, Mak Deruma (ibu si Tanggang), Nakhoda Ragam serta Bawang Merah dan Bawang Putih.

Perjalanan mereka di Inderaloka akhirnya membawa kepada pertemuan dengan Raja Bersiong yang selama ini memerintah negeri tersebut sehingga membawa kepada kepayahan dan kesukaran kepada rakyat.

Tanpa disedari, ada rahsia tersembunyi yang kemudiannya membawa kepada pengakhiran yang menggembirakan bukan sahaja untuk rakyat Inderaloka tetapi juga buat Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka.

Dunia Inderaloka itu sendiri sudah cukup kuat untuk membuatkan penonton merasai hubungan antara setiap karakter dan situasi yang mereka hadapi.

Tidak hanya kepada watak mitos tetapi kisah legenda seperti Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Singapura Dilanggar Todak turut diketengahkan dalam mengisi sebahagian daripada perjalanan cerita ini dan ia langsung tidak kelihatan canggung.

Watak Mat Jenin, Raja Bersiong serta Bawang Putih dan Bawang Merah yang diperkenalkan dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Pujian juga harus diberikan kepada Les’ Copaque kerana memberikan penghormatan kepada karya klasik arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Nujum Pak Belalang menerusi babak si Belalang mengikis bontot kuali untuk dijadikan sebagai air kopi.

Babak yang paling penulis sukai dan kagum dengan permainan visualnya apabila Upin, Ipin, Mat Jenin dan Nakhoda Ragam menyelurusi kawasan yang dianggap sebagai kawasan permainan Bawang Merah.

Tidak hanya diperkenalkan kepada Bawang Merah tetapi keistimewaan dunia watak itu turut terisi dengan makanan tradisional yang diletakkan dengan cukup menarik dan indah sekali.

Pokok-pokok yang kelihatan seperti satay, haiwan berkeliaran yang memiliki bentuk seperti karipap, pokok renek seperti bentuk kuih loyang serta kuih badak berendam divisualkan dengan begitu kreatif sekali.

Elemen tradisional

Memang benar. Filem Keris Siamang Tunggal ini adalah wadah hiburan buat kanak-kanak tetapi Les’ Copaque tidak meminggirkan budaya serta elemen tradisional dalam beberapa aspek untuk menjadikan filem ini unik.

Ternyata ia adalah tindakan bijak untuk terus menyemai dan menanam jati diri dalam diri kanak-kanak menerusi visual dan isi ceritanya.

Di sebalik kecemerlangan itu, masih ada sedikit kelompongan dalam beberapa babak yang membuatkan penulis tertanya sendiri.

Sebagai contoh, apakah begitu mudah untuk kanak-kanak berusia lima tahun seperti Upin dan Ipin begitu lancar membaca tulisan Jawi?

Penulis faham dan percaya Les’ Copaque mahu menyuntik elemen positif untuk babak itu tetapi ia nampak seperti di kurang dapat diterima akal fikiran.

Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal meneruskan legasi dunia Upin dan Ipin yang sudah menjadi satu jenama isi rumah di kalangan penduduk Nusantara.

Begitu juga dengan kemunculan Upin dan Ipin serta rakan-rakan mereka ke Inderaloka yang langsung tidak diragui serta dipersoal oleh mereka yang berada di sekeliling mereka.

Bukankah selalunya orang asing yang datang ke tempat mereka akan menimbulkan rasa kurang senang dan pelik? Apatah lagi begitu jelas menerusi pakaian mereka sudah membuktikan bahawa Upin dan Ipin serta kumpulannya adalah orang luar yang dengan pantas akan menimbulkan tanda tanya.

Walau apa pun, kesimpulannya, Keris Siamang Tunggal berjaya memberikan hiburan berkualiti buat penonton dan meletakkan satu tanda aras baharu dalam pembikinan filem animasi tempatan.

Sudah pasti, filem ini dengan mudah akan menjadi salah sebuah filem pecah panggung untuk tahun 2019.

Tidak hanya mahu memfokuskan kepada aspek keuntungan semata-mata tetapi Les’ Copaque turut berjaya melunaskan tanggungjawab mereka untuk memelihara cerita rakyat dan warisan yang semakin dilupai dalam acuan yang segar.

Ternyata penulis sendiri teruja untuk menantikan buah tangan baharu daripada mereka memandangkan pada babak akhir Keris Siamang Tunggal, Les’ Copaque sudah pun memberikan gambaran jelas akan apa yang berlaku seterusnya.

*** Penulis ialah pemenang Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia 2017, kategori Kritikan Filem dan bekas wartawan hiburan. Penulis juga graduan Sarjana Komunikasi (Pengajian Skrin), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ulasan ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi tanpa dipengaruhi sesiapa.

Tags/Kata Kunci:Upin & Ipin , Siamang Tunggal

REVIEW FILEM: UPIN & IPIN – KERIS SIAMANG TUNGGAL (2019)

Satu perkataan, “EPIK!”

Menggunakan khidmat 3 orang pengarah, mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan, menelan belanja RM20 juta sebagai kos pembikinan, serta menggunakan sepenuhnya kepakaran animator anak tempatan..

Nah, akhirnya kau akan dapat satu naskhah terhebat di layar perak!

First of all, aku bukan peminat filem animasi.. Dan aku juga bukan peminat Upin & Ipin.. Datang nak tengok filem Upin & Ipin – Keris Siamang Tunggal ini dengan tak expect apa2 pun yang menarik..

Ternyata, sangkaan aku meleset sama sekali!

Dari awal lagi, kau akan dihidangkan dengan satu babak fight yang sangat cun! Antara seorang raja yang takhtanya ingin dirampas, dengan watak jahat yang kau tak sangka2 iaitu Raja Bersiong.. Watak villain je dah style macam ala2 Drakula tapi versi tempatan..

Apa yang best?

Jawapannya, banyak sangat yang best! Visual animasi nya tak keterlaluan untuk aku katakan sebagai sangat gempak dan tajam! Penuh warna-warni.. Pemandangan yang indah.. Dunia jadi hidup.. Dan seolah-olah, kau dah pun masuk ke alam fantasi Kerajaan Inderaloka yang ingin diselamatkan oleh Upin & Ipin itu..

Ya, jalan ceritanya ada sikit2 mengambil inspirasi dari filem The Chronicles of Narnia.. Pasal kanak2 dari dunia moden yang masuk ke dalam satu alam kerajaan yang sedang ditawan oleh watak jahat.. Dan kanak2 itu kena selamatkan alam kerajaan tersebut.. Bunyi nya macam familiar kan..

Tetapi, apa yang mengejutkan adalah olahan jalan cerita filem ini.. Bukan saja Kerajaan Inderaloka sedang ditawan oleh Raja Bersiong yang jahat.. Tapi..

Kau pun turut sama join Upin & Ipin dan kawan2 nya yang berbagai-bagai bangsa itu..

Kau akan jumpa dengan Mat Jenin yang begitu riang ria berangan di siang hari.. Kau akan terpegun dengan si cilik yang kau tak sangka2.. Bila mana dia kikis belakang kuali sebab nak buat kopi.. Nah, kau tahu yang si cilik tu adalah Belalang..

Belum lagi dengan Nujum Pak Belalang yang jadi mangsa keadaan dan sedang ketakutan di istana.. Kau akan tersenyum sebab kau tahu watak2 ni semua.. Seolah-olah satu tribute kepada filem Nujum Pak Belalang arahan Tan Sri P.Ramlee satu ketika dulu.. Genius!

Filem ni ada semuanya.. Sebuah pengembaraan yang penuh mencabar dan penuh warna-warni.. Ada masa, kau akan ketawa dan lucu dengan gelagat Upin & Ipin serta kawan2 nya yang bermacam-macam ragam itu..

Ada masa, kau akan tersentuh dengan emosi seorang ibu.. Kisah Mak Si Tanggang yang begitu kesal sebab dah sumpah anaknya Si Tanggang itu menjadi batu..

Ada masa, kau jadi kagum dengan watak Ketua Lanun yang mengingatkan kau akan filem Pirates of The Caribbean..

Dan belum lagi dengan kisah dua beradik, Bawang Merah dan Bawang Putih yang bakal meruntun hati kau..

Tak sangka Kerajaan Inderaloka ini rupa2 nya didiami oleh watak2 yang kita banyak membesar dengannya.. Watak2 dongeng tempatan yang selalu kita dengar masa kecik2 dulu2..

Yang menjadikan filem ni lagi hidup adalah soundtrack, kesan bunyi, muzik skor, dan lagu2 latar nya.. Fuhhh, lagu Keris Sakti yang dimainkan oleh Nakhoda Ragam, dengan alunan gambus, terus mengingatkan aku dengan filem2 Bollywood dan Tamil.. Siap ada tarian lagi dari kesemua watak2 ini.. Sampaikan aku boleh nampak budak2 kecik yang tengok wayang, ikut sama berjoget..

Belum lagi kau akan terbuai dengan alunan suara Ernie Zakri menyanyikan lagu Buai Laju Laju.. Tak keterlaluan aku nak katakan Les’ Copaque dah mula nak mencantas Disney, Pixar, dan Dreamworks dalam dunia animasi ini..

Nah, semua kau akan dapat.. Kisah persahabatan.. Kisah kasih sayang antara ibu dan anak.. Kisah kasih sayang antara adik-beradik.. Kisah pergelutan kuasa.. Kisah membela yang hak dan melawan yang batil..

Walaupun ia kisah fantasi yang sebenarnya nak tarik budak2 kecik untuk tengok kat wayang.. Aku jamin mak ayah atuk nenek abang akak pun boleh sama layan filem ini sebab ia ada semuanya.. Cukup rencah untuk semua usia melayan dan masuk ke dalam alam fantasi Keris Siamang Tunggal itu..

Dan jangan lupa pada plot twist nya.. Tentang kaitan antara semua watak2 yang aku sebutkan tadi di atas.. Dan apakah yang akan terjadi pada Raja Bersiong di akhir filem ini.. Itu yang akan buatkan kau tak senang duduk..

Dan tunggu juga mid-credit filem ini.. Mungkin kah akan ada sekuel atau sambungan? Dah macam Avengers dah..

At the end, ini filem yang sangat bagus.. Menghiburkan, padat dengan aksi, watak2 yang kau boleh selami, kesan visual yang memukau, kesan bunyi yang goosebumps, dan mesej moral pun sampai..

Jika di Hollywood ada ‘How To Train Your Dragon’, di Malaysia kau boleh bangga sebab ada ‘Upin & Ipin – Keris Siamang Tunggal’ ini.. Aku tanpa ragu2 bagi 10/10 bintang.. Tahniah kepada semua krew2 yang terlibat dalam menghasilkan karya yang begitu membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia! 💪👍

P/S: Tak sabar nak tunggu BoBoiboy The Movie 2 dan Ejen Ali The Movie.. 

Sedikit review untuk filem upin&ipin keris siamang tunggal..satu cerita yg boleh dikatakan penglipurlara alaf baru..yang mengangkat watak2 tradisional nusantara ke level yang lebih positif..paling aku tertarik watak mat jenin yg kalau kita sebut je mat jenin pastinya pemikiran negatif tu sampai pd kita dek kerana cerita turun temurun dulu kala..tp dalam filem ni mat jenin di angkat ke arah yg lebih positif..mungkin ayat angan mat jenin boleh dimansuhkan di ganti dgn cita2 mat jenin..kalau kita kejar cita2 pasti boleh berjaya..anak2 aku plk siap nangis di buai emosi upin&ipin yg terpisah waktu tiba kt inderaloka..siap nangis masa scene upin&ipin bertemu kembali..hahahaha..apepun korang yg belum tengok pergilah tengok..rugi x tengok..syabas dan tahniah buat team les’ coupaque tak lupa tahniah sahabatku tuan director Razuri Ajmain n the gang..semoga telur si rambo menetas x lama lagi..good job..abg bg 5 bintang..

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih dan Pak Belalang. Istimewanya lagi, filem ini mempunyai dua OST ysng dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Fakrul Razi.