tingkatan6, form 6, kelebihan tingkatan 6
Haaa so sekarang aku akan share dengan korang semua yang bakal dapat result spm kurang tak lama lagi tuh. Aku memang menggalakkan anda semua ambil form 6 ini sebab memang peluang untuk masuk U untuk sambung Ijazah memang ada, yang penting result lulus semua ok. Cukup makanlah orang kata. Tapi lepas juga masuk universiti. Hah, macam boleh masuk u walaupun result cukup makan tuh?? haha…
Baca juga:
Kelebihan-kelebihan sambung ke tingkatan 6.
KEBAIKAN
  • Sudah boleh berpakaian bebas/casual. (Mula tahun 2016 sudah dikeluarkan pekeliling oleh kerajaan. So jangan takut ada sekolah yang tidak bagi pakai ke apa ke. )
  • Yuran persekolahan yang sangat murah ( High School hanya bayar untuk t-shirt rasmi dan yuran PIBG shj rasanya. Tak sampai RM300 pon.) Sedikit sebanyak juga kita boleh jimat duit berbanding dengan diploma satu semester beratus juga habis nak bayar yuran pendaftaran. Tak campur dengan buku lagi tuh. huhu.
  • Boleh pilih sekolah ( Pilih yang paling dekat dengan rumah korang lah ye)
  • Boleh memandu kereta atau mengunggang motosikal. (Tak perlu tinggal di asrama, nak pergi kelas tak payah jalan kaki jauh, naik bukit, turun bukit, redah panas..
  • Guru yang berpengalaman. (Hanya guru yang diiktiraf sahaja boleh mengajar tingkatan 6, tak ada cikgu yang bidan terjun atau nurse terbang ye, semua sudah sangat professional sebab sangat lama mengajar). Tapi masa aku belajar dulu tuh dapat pula cikgu sandaran. Asik bodohkan orang, lepas tuh hempuk kepala dengan buku. Kepala Hotak dia. Nak buat macam mana, itu style dia kan.
  • Peperiksaan yang tersusah dan diterima hampir di seluruh dunia. (STPM merupakan salah satu peperiksaan yang paling susah di dunia, tambahan pula apabila yang ditukarkan kepada sistem semester)
  • Senang hendak masuk ke universiti. Hanya perlu pointer CGPA 2.8 minimum. (Bukan setakat dapat ponter rendah boleh masuk, siap ada kuota untuk lepasan STPM tau). Kiranya kaki sudah separuh di Universiti .
  • Standard Tingkatan 6 setaraf A-Level (Kalau sesiapa teringin nak sambung degree di overseas yang paling dekat iaitu Singapore, lepasan STPM diterima disana).
  • Sijil STPM laku dan boleh dijadikan medium untuk mencari pekerjaan.(Matrikulasi sijil kurang diterima dalam pasaran sekarang kerana sijilnya tidak diiktiraf oleh JPA).
  • Gred gaji yang lebih tinggi, kalau kerja kerajaan kita guna STPM berbanding dengan Diploma tau.

Galakkan dari guru-guru sebenarnya membantu untuk kita masuk dalam tingkatan 6 ini.

 
Tetapi, tetap ada juga Kelemahan/keburukan dalam tingkatan 6 ini. 
KEBURUKAN : 
  • Suasana yang sama seperti skolah biasalah ,tak macam diploma, wah sudah ada awek-aweks yang baru gituew. Hot hot.. Korang nih nak belajar ke nak ngorat. Haha!!
  • Kurang glamour. (korang nak belajar ka nak glamour?)
  • Banyak PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) atau kita panggil assingment.
  • Tak boleh lari presentation. Contoh, Selepas buat PBS Pengajian Am, kena buat presentation (Semester2).
  • Kena belajar bersungguh-sungguh tak boleh main-main,. Sebab exam masa semak kertas soalan memang sangat-sangat strict. Susah tuh tak susahla, tapi dia ada
  • Subjek sikit tetapi tough(berat)! berbanding dengan spm 8-12 subjek korang obleh ambil kan. Tetapi dengan STPM (form6)kita ambil 4 atau 5 subjek macam sikit, tapi dia punya silibus memabng banyak sangat. Belajar ekonomi masuk sampai akaun, belajar akaun masuk sampai mathematics..Ikut jenis aliran yang kita bakal ambil.

Tapi bagi aku kelemanhan ini tak berapa sangat pun sebenarnya berbanding dengan kelebihan yang korang akan dapat nanti, disebalik kesusahan ini pastinya ada kemanisan bila korang dah tempuhinya nanti ok!!

Subjek Tingkatan 6 :
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S (sekarang Mathematics M)
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T (This subject closed already)
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi)
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual
Sukatan Subjek Mathematics:
Mathematics M
  • Algebra and Calculus
  • Statistics
  • Financial and Decision Mathematics
Mathematics T
  • Algebra and Geometry
  • Calculus
  • Statistics
Further Mathematics (CLOSED)
  • Discrete Mathematics
  • Alegebra and Geometry
  • Calculus

Itu sahaja yang aku boleh bantu dan kongsikan sepanjang aku masuk tingkatan 6 ini. Nak kata susah tuh tak juga, kelebihan dan keburukan ini sebenarnya kita boleh dapat dengan syarat kita tempuhinya dan korang akan rasa bila dah hadapinya dan berjaya. Korang akan share di ruangan komen dibawah ini ok!! Masing-masing ada pendapat sendiri.